Monday 26 November 2012

Cara-cara Membuka Akaun CIMB Dan CIMB clicks

                                                         

Kaedah Untuk Membuka Akaun

Bahagian 1 - Kaunter Pertanyaan


1. Pemohon menyatakan hasrat untuk membuka akaun CIMB kepada pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan.
2. Pegawai berkenaan akan meminta anda kad pengenalan untuk memastikan kad pengenalan anda masih berfungsi atau tidak dan akan mendapatkan pengesahan cap jari.
3. Setelah mendapatkan pengesahan cap jari itu, pemohon dikehendaki mengambil nombor giliran.


Bahagian 2 - Kaunter Perkhidmatan

1. Apabila nombor giliran pemohon dipanggil, pemohon dikehendaki menuju ke kaunter yang dipanggil untuk membuat pengesahan maklumat diri pemohon.
2. Terdapat beberapa borang yang pemohon perlu ditandatangani .
3. Pemohon perlu menuggu pengesahan dari pihak bank sebelum diberikan nombor akaun bank.
4. Setelah nombor akaun diberikan, pemohon dikehendaki memasukkan RM250 ke dalam akaun baru pemohon untuk dijadikan sebagai akaun simpanan di dalam bank tersebut.

Bahagian 3 - Kaunter Penerimaan Kad ATM.

1. Kemudian pemohon dikehendaki menuju ke kaunter penerimaan kad ATM.
2. Di meja penerimaan tersebut, pemohon dikehendaki untuk menandatangani di bahagian belakang kad ATM tersebut.
3. Setelah selesai menandatangan, pemohon akan menerima nombor keselamatan.
4. Pemohon akan menuju ke mesin ATM untuk menukar nombor keselamatan tersebut dengan nombor pin yang baru.




                                             



Kaedah Membuat Perbankan Internet


Bahagian 1 - Membuat e-pin

1. Pemohon akan memerlukan e-pin sebelum dapat mendaftar untuk perbankan internet. Oleh itu, pemohon perlu ke mesin ATM untuk membuat e-pin.
2. Di mesin ATM, pemohon perlu mengikut laluan berikut pada mesin ATM:-
Lain-lain > CIMB Clicks > CIMB Clicks e-Pin
3. Kemudian, pemohon akan diminta untuk memasukkan nombor e-pin.
PERHATIAN: Nombor e-pin tidak boleh sama dengan nombor pin ATM
4. Setelah memasukkan nombor e-pin dan mengesahkannya, pemohon perlu memasukkan nombor telefon pemohon untuk penerimaan alamat sesawang dan memuat turun Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks.

Bahagian 2 -Membuat Akaun Perbankan Internet

1. Pemohon perlu ke Daftar Perbankan Internet CIMB Clicks untuk membuat akaun Perbankan Internet.
2. Pemohon akan mengisi maklumat di ruang yang disediakan. Antara maklumat yang diperlukan ialah Nombor kad ATM pemohon, nombor e-pin CIMB Clicks, nama ibu, dan alamat e-mel pemohon.
3. Pemohon juga perlu membuat ID, katalaluan dan 'SecureWord' pemohon, dan juga mengisikan ruang 'Enter your Introducer's Details'.
4. Setelah membaca menerima Terma dan Syarat perbankan internet, pemohon hanya perlu klik pada butang 'Submit' untuk menghantar maklumat pemohon atau klik pada butang 'clear' untuk mengosongkan kawasan ruang maklumat yang telah diisi.


Dengan ini tamatlah prosedur membuka akaun perbankan internet di CIMB. Pemohon boleh mengedit dan memperbaharui maklumat pemohon di laman sesawang CIMB Clicks. Terdapat pelbagai servis sediakan oleh CIMB yang boleh digunakan oleh pengguna-pengguna CIMB Clicks seperti pemindahan wang simpanan, pembayaran bil, dan juga kad tambah nilai prabayar.