Tuesday 11 December 2012

Membina Chart dan Membuat Indicator Chart

Membina Chart 


1. Buka InstaTrader yang telah di install pada komputer masing-masing.
2. Sebaik sahaja InstaTrader telah dibuka, anda akan melihat, ada empat chart kelihatan semua sekali. Jadi, anda hanya perlu mematikan atau memangkah keempat-empat chart tersebut.
3. Kemudian, klik File --> New Chart dan pilih matawang yang anda ingkikan. Contoh matawang Australia        dan USA. Simbolnya adalah, AUDUSD.
 4. Setelah anda pilih matawang anda, akan muncul satu chart. Kemudian anda harus pergi ke panel bahagian atas dan klik pada "candlestick", kemudian anda perlu klik zoom sehingga kelihatan bar candle berkenaan.
5. Selepas itu, anda perlu klik pada "cart shift" bertujuan untuk menggerakkan chart anda. Sebelum terlupa, anda harus right click mouse di kawasan chart anda dan klik ungrid atau pada papan kekunci anda boleh menekan Ctrl G bagi menghilangkan grid.
6. Kemudian, sekali lagi anda harus right click di kawasan chart anda dan pergi pada Properties. Di situ akan muncul satu pop up.
7. Oleh itu anda haruslah menukar bar candle anda dengan warna tertentu. Jadikan Bar Up warna hijau, Bar Down warna merah, Bull Candle warna hijau, Bear candle warna merah.


 8. Pergi ke panel bahagian atas, dan anda klik: Insert à IndicatoràTrendàMoving AverageàParameter. Lakukan aktiviti tersebut sebanyak 3 kali bagi menghasilkan garisan moving average.

3 pusingan tersebut adalah :
i. Period: 5     Style: Aqua
ii. Period: 13   Style: Red
iii. Period: 65   Style: Yellow

Period: 5 Style: Aqua

Period: 13 Style: Red

Period: 65 Style:Yellow


Graf Bawah

1. Pertama sekali anda harus pergi klik Insert à Indicator à Oscillators à Stochastic Oscillator
2. Pada panel Parameters, tukar %K period menjadi 8.


3. Kemudian pergi ke panel Colors dan ubah semua garisan putus-putus menjadi garisan tegak penuh.


4. Maka anda akan dapat melihat graf seperti di bawah muncul di bahagian bawah chart anda.


5. Setelah itu, anda pergi panel bahgian atas, dan klik Template --> Save Template. Namakan semula template itu menjadi nama anda agar boleh digunakan untuk chart lain.


6. Selepas itu, anda pergi klik pada File--> New Chart dan pilih matawang yang sama sepertimana pada chart yang pertama. 
7. Kemudian pergi klik pada Template dan Load Template. Loadkan tempalate yang telah anda savekan sebelum ini. 
8. Setelah itu, jadikan chart yang pertama sebagai H4 (pergerakan chart 4 jam yang lepas) dan chart yang kedua M30 (pergerakan chart 30 minit yang lepas).










Monday 10 December 2012

Cara-cara Install InstaTraderPro.



Install InstaTraderPro
1.       Buka setup yang telah dimuat  dan ikut arahan seperti di bawah. Setupnya adalah sama dengan InstaTraderContest dan InstaTraderDemo.


Klik next untuk pilihan seterusnya


Klik pada persetujuan perjanjian tanda anda bersetuju untuk install  InstaTrader di computer anda dan klik next.


Sila pilih destinasi folder untuk menginstall InstaTraderPro dalam komputer anda  dengan menggantikan InstaTrader dengan InstaTraderPro.


Tunggu sehingga proses install siap sepenuhnya.


Klik pada butang Finish bagi menyempurnakan proses install.

2.       Setelah selesai, anda akan lihat satu shortcut di desktop anda yang bernama InstaTrader. Anda perlu menamakan semula dengan nama InstaTradePro.
3.       Setelah itu, selesai sudah install ketiga-tiga akaun InstaTrader.










Cara-cara Install InstaTrader Demo dan Membuat Akaun Demo


Install InstaTraderDemo

1.        Buka setup yang telah dimuat turun dan ikut arahan seperti di bawah. Setupnya adalah sama seperti InstaTraderContest.


Klik next untuk pilihan seterusnya



Klik pada persetujuan perjanjian tanda anda bersetuju untuk install  InstaTrader di computer anda dan klik next.



Sila pilih destinasi folder untuk menginstall InstaTraderDemo dalam komputer anda  dengan menggantikan InstaTrader dengan InstaTraderDemo.



Tunggu sehingga proses install siap sepenuhnya.


Klik pada butang Finish bagi menyempurnakan proses install.


2.       Setelah selesai, anda akan lihat satu shortcut di desktop anda yang bernama InstaTrader. Anda perlu menamakan semula dengan nama InstaTraderDemo.

Pendaftaran Akaun Demo
1.       Buka InstaTraderDemo yang berada di desktop computer anda.
2.       Klik pada butang file yang berada di atas sebelah kiri. Kemudian klik pada open an account. dan akan muncul paparan seperti gambar dibawah. Anda haruslah mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki.

Anda haruslah mengisi maklumat yang dikendaki dan setelash selesai, sila tekan butang Next.

3.       Kemudian anda haruslah memilih InstaForex-Demo.com untuk server Demo.Kemudian tekan butang Scan. Setelah selesai scan anda haruslah tekan butang Next dan anda akan mendapat nombor Log In dan password untuk akaun Demo. Simpan Nombor Log In dan password tersebut dengan baik.



4.       Kemudian klik semula pada butang file diatas sebelah kiri dan klik butang  Log In. Masukkan nombor Log In dan password yang telah diberikan dan tukar server kepada server InstaForex-Demo.com. Kemudian tekan butang Log In.





















Cara-cara Install InstaTrader Contest dan Mendaftar Real Contest


Cara-cara Install InstaTrader Contest dan mendaftar Real Contest

Install InstaTraderContest

1.   Pergi ke lama sesawang www.instaforex.com.
2.  Klik pada MetaTrader Trading platform di sebelah kanan laman sesawan tersebut untuk memuat turun  setup.
3.   Setelah selesai buka setup yang telah dimuat turun sebentar tadi dan ikut arahan seperti di bawah.





Klik next untuk pilihan seterusnya


Klik pada persetujuan perjanjian tanda anda bersetuju untuk install  InstaTrader di computer anda dan klik next.



Sila pilih destinasi folder untuk menginstall InstaTrader Contest dalam komputer anda  dengan menggantikan InstaTrader dengan InstaTraderContest.

Tunggu sehingga proses install siap sepenuhnya.



Klik pada butang Finish bagi menyempurnakan proses install.




4.   Setelah selesai, anda akan lihat satu shortcut di desktop anda yang bernama InstaTrader. Anda perlu menamakan semula dengan nama InstaTraderContest.




Pendaftaran Real Contest

    1..   Pergi ke laman sesawang www.instaforex.com



 2.   Kemudian klik pada For Traders, selepas itu klik pula pada contest. Anda perlu skrol ke bawah dan pilih    Real Scalping InstaForex.


   3.   Kemudian anda perlu menekan butang Registration.



4.   Setelah itu, anda harus mengisi butir-butir di dalam boring tersebut. Jangan lupa klik pada swap free. Kemudian barulah anda daftar.





   5. Kemudian, anda akan diberi nombor Login dan password. Anda haruslah simpan nombor Log in dan       password tersebut.
   6.  Selepas itu anda haruslah membuka program yang telah diinstall sebelum ini iaitu InstaTraderContest .
   7. Kemudian klik pada butang file di atas sebelah kiri dan tekan log in. kemudian akan muncul paparan yang meminta nombor login dan password yang telah diberikan apabila anda daftar contest tadi. Jangan lupa untuk tukar server kepada InstaForex-Contest.com. Akhir sekali anda haruslah tekan log in.






















Monday 26 November 2012

Cara-cara Membuka Akaun CIMB Dan CIMB clicks

                                                         

Kaedah Untuk Membuka Akaun

Bahagian 1 - Kaunter Pertanyaan


1. Pemohon menyatakan hasrat untuk membuka akaun CIMB kepada pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan.
2. Pegawai berkenaan akan meminta anda kad pengenalan untuk memastikan kad pengenalan anda masih berfungsi atau tidak dan akan mendapatkan pengesahan cap jari.
3. Setelah mendapatkan pengesahan cap jari itu, pemohon dikehendaki mengambil nombor giliran.


Bahagian 2 - Kaunter Perkhidmatan

1. Apabila nombor giliran pemohon dipanggil, pemohon dikehendaki menuju ke kaunter yang dipanggil untuk membuat pengesahan maklumat diri pemohon.
2. Terdapat beberapa borang yang pemohon perlu ditandatangani .
3. Pemohon perlu menuggu pengesahan dari pihak bank sebelum diberikan nombor akaun bank.
4. Setelah nombor akaun diberikan, pemohon dikehendaki memasukkan RM250 ke dalam akaun baru pemohon untuk dijadikan sebagai akaun simpanan di dalam bank tersebut.

Bahagian 3 - Kaunter Penerimaan Kad ATM.

1. Kemudian pemohon dikehendaki menuju ke kaunter penerimaan kad ATM.
2. Di meja penerimaan tersebut, pemohon dikehendaki untuk menandatangani di bahagian belakang kad ATM tersebut.
3. Setelah selesai menandatangan, pemohon akan menerima nombor keselamatan.
4. Pemohon akan menuju ke mesin ATM untuk menukar nombor keselamatan tersebut dengan nombor pin yang baru.




                                             



Kaedah Membuat Perbankan Internet


Bahagian 1 - Membuat e-pin

1. Pemohon akan memerlukan e-pin sebelum dapat mendaftar untuk perbankan internet. Oleh itu, pemohon perlu ke mesin ATM untuk membuat e-pin.
2. Di mesin ATM, pemohon perlu mengikut laluan berikut pada mesin ATM:-
Lain-lain > CIMB Clicks > CIMB Clicks e-Pin
3. Kemudian, pemohon akan diminta untuk memasukkan nombor e-pin.
PERHATIAN: Nombor e-pin tidak boleh sama dengan nombor pin ATM
4. Setelah memasukkan nombor e-pin dan mengesahkannya, pemohon perlu memasukkan nombor telefon pemohon untuk penerimaan alamat sesawang dan memuat turun Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks.

Bahagian 2 -Membuat Akaun Perbankan Internet

1. Pemohon perlu ke Daftar Perbankan Internet CIMB Clicks untuk membuat akaun Perbankan Internet.
2. Pemohon akan mengisi maklumat di ruang yang disediakan. Antara maklumat yang diperlukan ialah Nombor kad ATM pemohon, nombor e-pin CIMB Clicks, nama ibu, dan alamat e-mel pemohon.
3. Pemohon juga perlu membuat ID, katalaluan dan 'SecureWord' pemohon, dan juga mengisikan ruang 'Enter your Introducer's Details'.
4. Setelah membaca menerima Terma dan Syarat perbankan internet, pemohon hanya perlu klik pada butang 'Submit' untuk menghantar maklumat pemohon atau klik pada butang 'clear' untuk mengosongkan kawasan ruang maklumat yang telah diisi.


Dengan ini tamatlah prosedur membuka akaun perbankan internet di CIMB. Pemohon boleh mengedit dan memperbaharui maklumat pemohon di laman sesawang CIMB Clicks. Terdapat pelbagai servis sediakan oleh CIMB yang boleh digunakan oleh pengguna-pengguna CIMB Clicks seperti pemindahan wang simpanan, pembayaran bil, dan juga kad tambah nilai prabayar.